Baru 1 Ramadan dah ‘terkena’, pelanggan kecewa pulut panggang dibeli keras macam kayu

Baru 1 Ramadan dah ‘terkena’, pelanggan kecewa pulut panggang dibeli keras macam kayu

 

Menjelang sahaja bulan Ramadan, pasti ada isu tentang makanan yang dijual di bazar Ramadan. Kalau bukan sebab harga yang tak masuk akal, kadang-kadang juadah yang dijual seolah-olah sengaja menganiaya pelanggan.

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video yang dimuat naik oleh @kanda.nismilan memaparkan beberapa pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan.

Lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa apabila pulut panggang yang dibeli tidak sama seperti kebiasaan rupa kuih tersebut. Lebih menyedihkan, dia telah membelanjakan sebanyak RM13 untuk 10 batang pulut panggang bagi juadah berbuka puasa.

Jika dilihat dalam video, rupa pulut panggang itu nampak hangit dan teksturnya juga agak keras sehinggakan dia terpaksa mengetuk kuih tersebut di dalam pinggan beberapa kali.

Al-kisah 1 Ramadan saya, tidak tahulah hendak ketawa atau menangis. Beli pulut panggang, tetapi isinya keras macam kayu.

Dia juga perlu menekan dan mengepak kuih itu untuk membuktikan pulut panggang itu tidak boleh dimakan. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu di mana lokasi pulut panggang itu dijual.

@kanda.nismilan

alkisah 1 ramadhan .. tak tahu la nk gelak ke nk nangis .. dah mcm kayu 🤣🤣 #kongsibersama #ramadhan2024 #puasa #fyp #berbukapuasa

♬ Marhaban ya ramadhan – Nay🕊

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa setelah melihat rupa kuih tradisional tersebut. Ada netizen mendakwa pulut panggang itu mungkin sudah dimasak beberapa kali.

Pulut 7

Pulut 1

Ramai antara mereka juga menceritakan pengalaman pahit membeli makanan di bazar Ramadan.

Pulut 2