‘Barkoba’ rugi RM1,000 ditipu individu menyamar pelakon veteran

‘Barkoba’ rugi RM1,000 ditipu individu menyamar pelakon veteran

Aplikasi Whatsapp pelakon veteran, Mubarak Majid telah digodam oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya kenalan dalam senarai telefon bimbitnya.

Menerusi perkongsian Instagram, Mubarak memberitahu aplikasi Whatsappnya telah digodam dan disalahguna serta menegaskan agar rakan-rakannya tidak memberi wang untuk dipinjamkan jika menerima pesanan daripada nombor tersebut.

“Akaun Whatsapp saya sudah digodam dan disalahgunakan. Jangan beri wang untuk dipinjamkan. Ini adalah satu penipuan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon, Bell Ngasri menjadi antara salah seorang selebriti yang terpedaya dengan tipu helah scammer tersebut kerana berasa simpati.

Seterusnya, dia telah membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 dengan niat untuk membantu pelakon berkenaan yang mendakwa terkesan ketika pandemik ini.

Bagaimanapun, Mubarak telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Gombak, semalam.

Sumber: Utusan