“Bapa tak mengaku anak” – Bantu azankan adik sepupu yang baru lahir, rupanya ada kisah lagi sedih sebenarnya

“Bapa tak mengaku anak” – Bantu azankan adik sepupu yang baru lahir, rupanya ada kisah lagi sedih sebenarnya

 

Tidak sampai hati melihat bayi yang baru dilahirkan tidak berada di sisi ayahnya, remaja berusia 18 tahun ini bertindak untuk mengazankan sepupunya yang baru lahir itu di sebuah hospital yang terletak di Slim River, Perak.

Sikap mulia remaja yang dikenali sebagai Irfan ini mula tular di TikTok sejak 2 hari lepas yang kini telah mencapai lebih 1.4 juta jumlah tontonan di TikTok.

Video tersebut telah mengundang rasa simpati netizen dan sekaligus memuji sikap dan tindakan mulia Irfan ini.

“Tengah azankan adik sepupu yang bapanya tak mengaku anak.”

@irfanshahhh

Alhamdulillah , umur 18 tahun dah dapat azankan baby , semoga awak kuat mcm mama awak ye sayang , semoga menjadi anak yang soleh besar nanti , abang ngah and semua family sayang awak . ❤️ #xyzbca #fyp

♬ original sound – irfanshahhh – irfanshahhh

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang rasa pilu dengan nasib bayi tersebut dan ada kongsikan pengalaman yang senasib seperti bayi ini.

Ini kerana menurut Irfan, bapa kepada sepupunya itu tidak mahu mengaku bayinya itu sebagai anak sendiri.

Screenshot 2024 04 22 132902 Screenshot 2024 04 22 132928 Screenshot 2024 04 22 132956 Screenshot 2024 04 22 133045

Bercerita mengenai hari kejadian, Irfan menegaskan bahawa dia azankan anak makciknya yang berumur 34 tahun dan bayi  lelaki tersebut merupakan anak keempat. Ia sekaligus menepis dakwaan yang timbul mengatakan bahawa bayi itu merupakan anak luar nikah.

“Yang saya azankan tu anak maknjang saya, Umur dia dah 34 tahun, tu pun anak dia yang no 4 sebenarnya, ramai yang salah anggap ingatkan Maknjang saya ni lahirkan anak luar nikah la ape la.”

“Masa tu saya dan opah saya yang pergi ke hospital yang dihantar oleh Mak Lang saya, ahli keluarga yang lain kebanyakannya sedang berkerja, jadi pada haritu jugak la Maknjang saya bersalin dalam pukul 1.30 tengah hari,” jelasnya kepada Lobak Merah.

Jelasnya lagi, dia memang dah merancang untuk azankan bayi lelaki itu kerana risau ahli keluarga yang lain sibuk bekerja dan hanya dia satu-satunya lelaki yang selalu menemani makciknya itu.

Malah berkenaan dengan nasib bayi tersebut, Irfan enggan mengulas mengenainya kerana ia adalah masalah rumah tangga makciknya itu.

“Saya memang dah rancang saya yang akan azankan, sebab takut pakcik-pakcik lain tengah bekerja waktu Maknjang saya bersalin and sebab saya yang selalu akan ke hospital, so saya yang akan azankan baby tu.”

“Saya kesian tengok bayi tu and Maknjang saya, kalau nak ceritakan kisah Maknjang saya, lagi sedih sebenarnya. Tapi untuk mengelakkan timbul masalah dalam keluarga, saya tak dapat nak kongsikan.”

Kami doakan semoga Irfan sekeluarga diberkati Allah dan bayi lelaki tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang.