Bapa selamatkan anak perempuan 8 tahun, didakwa sempat tolak ke tepi jalan sebelum motosikal rempuh lori

Bapa selamatkan anak perempuan 8 tahun, didakwa sempat tolak ke tepi jalan sebelum motosikal rempuh lori

 

Kasih bapa sepanjang usia, begitulah yang dapat diucapkan apabila seorang lelaki bergelar ayah terkorban gara-gara menyelamatkan anak perempuannya dari kemalangan jalan raya.

Kejadian tragis itu berlaku di Gombak di mana si bapa didakwa menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dia dilanggar dan merempuh sebuah lori.

Akibat rempuhan itu, lelaki itu menemui ajal di tempat kejadian.

Menurut WeirdKaya, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mengambil anaknya daripada sekolah.

Sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan tiba-tiba sahaja membukakan pintunya, mangsa dan anaknya yang menunggang motosikal mengelak sebelum terbabas.

Si bapa kemudian sempat menolak anak perempuannya ke tepi jalan sebelum rempuh sebuah lori yang turut melalui jalan yang sama, sekaligus membuatkan motosikalnya terbabas betul-betul di bawah kenderaan.

Mangsa yang berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Manakala anak perempuan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.