“Bangunan untuk tujuan konten” – Isu sumbangan bina masjid di Korea, Farah Lee minta netizen hati-hati dengan Daud Kim

“Bangunan untuk tujuan konten” – Isu sumbangan bina masjid di Korea, Farah Lee minta netizen hati-hati dengan Daud Kim

 

Bagi korang yang minat dengan perkembangan artis di Korea, korang pasti kenal dengan influencer Korea, Daud Kim yang memeluk Islam tidak lama dulu.

Daud yang merupakan seorang penyanyi, kini popular sebagai sebagai Youtuber dan sering berkongsi mengenai kisah penghijrahannya.

Walau bagaimanapun, imej Daud sebagai influencer pernah tercalar dek kerana beberapa isu melibatkan dirinya yang dikatakan telah mendera isteri dan merogol wanita ketika sedang mabuk tidak lama dulu.

Pun begitu, nama Daud Kim kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia dikatakan bakal membina sebuah masjid dekat sebuah tanah lot di Korea yang telah dibelinya.

Berita itu didedahkan Daud sendiri menerusi laman TikTok dan dia juga telah meminta bantuan netizen untuk menghulurkan derma demi merealisasikan impian tersebut.

@jaehan9192

I bought a Land for Masjid in Korea finally 🇰🇷🕌❤️ My dream will come true . Please help me to build Mashid 🫶🏻 Paypal: [email protected] . #koreanmuslim #daudkim #ramadan

♬ original sound – Daud Kim – Daud Kim

“Saya akhirnya beli tanah untuk sebuah masjid di Korea. Impian saya bakal jadi kenyataan. Tolong bantu saya untuk bina masjid,” tulisnya sambil meninggalkan ID akaun untuk Paypal.

Walau bagaimanapun, perkongsian dari Daud Kim itu telah mendapat perhatian aktivis kemanusiaan dan influencer terkenal, Farah Lee yang memuat naik peringatannya dalam satu posting di Instagram.

Menurut Farah, dia menyarankan agar semua netizen tidak menyumbang kepada mana-mana akaun bank persendirian walaupun untuk tujuan agama dan amal.

Hal ini menurutnya kerana pengumpulan sumbangan melalui akaun bank persendirian di Korea Selatan adalah haram dan jika ianya terbukti scam, agak sukar untuk anda mendapatkan wang anda kembali.

Snapinsta.app 435581097 18430964443003914 7712067775827009666 N 1080

Malah seorang pegawai dari Jung-gu, daerah dekat bandar Incheon juga mengatakan yang individu terbabit hanya menandatangani kontrak jualan tanah dan belum lagi mendapatkan hak milik.

“Walaupun masjid boleh dibangunkan, keadaan semasa menyebabkan untuk mendapatkan kebenaran menjadi sukar.

“Tanah yang dimaksudkan adalah kawasan hijau semulajadi dengan nisbah kawasan lantai sehingga 80%. Walaupun kebenaran diberikan, bangunan yang bakal dihasilkan dijangka sangat kecil, berkisar dari 60 hingga 100 meter persegi,” katanya.

Snapinsta.app 436316744 18430964461003914 8712201788962498239 N 1080

Tambah Farah Lee lagi, individu ini juga katanya ada memberitahu wartawan JBTC berkenaan pembelian tanah itu, namun ia bercanggah dengan apa dinyatakannya di TiKtok.

“Paling terbaru, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, “Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat content, mungkin dengan membina ruang solat atau seumpamanya di dalamnya.”

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam projek amal dan pengumpulan dana, Farah juga menekankan kepentingan menjalankan aktiviti itu dengan NGO yang berdaftar.

“Jadi dermawan boleh tapi kena bijak dan berhati-hati juga ya. Saya involved dengan program dan komuniti dakwah Korea sejak 2011 lagi, sehingga sekarang untuk sewa ruang bagi aktiviti dakwah pun tersangatlah susah, apatah lagi nak bina masjid.

“Di post, beliau mention untuk ‘bina masjid’, tapi bila ditanya wartawan Korea, katanya akan sediakan ruang untuk buat ‘content’ dan mungkin sedikit ruang untuk solat. Nampak fishy di situ,”katanya.

Di Malaysia pun banyak je jenis macam ini, apatah lagi di luar negara. Jadi kita berhati-hatilah. Tapi kalau betul niatnya mulia nak bina masjid, harap Daud dapat beri penjelasan dengan lebih dalam mengenai isu ini.