Bangunan bawah tanah paling dalam di dunia pula akan dibina di Arab Saudi

Bangunan bawah tanah paling dalam di dunia pula akan dibina di Arab Saudi

 

Di Neom, Arab Saudi mempunyai beberapa projek super mega yang tidak pernah wujud di negara lain. The Line misalnya ialah bangunan terpanjang dalam sejarah dengan ia mencecah 170 kilometer.

Terdapat juga pelan membina bangunan setinggi 2km di Riyadh serta bangunan Mukaab yang bakal menjadi bangunan berbentuk kiub terbesar dunia. Pendek kata semua rekod dunia senibina akan terletak dalam sepadan Arab Saudi.

Tak puas dengan bangunan terpanjang dan tertinggi, seterusnya Arab Saudi ini juga membina bangunan bawah tanah paling dalam.

Projek Aquellum di Neom dengan ia bakal menjadi “menara terbalik” paling dalam di dunia. Ruang kosong sedalam 100 meter akan menjadi tarikan di Aquellum yang dibina di atas permukaan laut.

Di bahagian atas terdapat ruang pejalan kaki dan marina yang terapung. Sementara di bahagian dalam terdapat hotel, panggung wayang, muzium dan makmal penyelidikan Teh Generator untuk menghasilkan idea baharu.

Ruang legar yang besar di tengah-tengah Aquellum akan menjadi tarikan pelawat kerana tidak bangunan seperti ini wujud sekarang.

Firma LAVA and Name Architecture terlibat dengan projek yang belum diumumkan tarikh pembinaan serta bila ia dijangka siap.

Pendek kata jika dahulu sekiranya anda ingin melihat projek senibina unik anda perlu pergi ke Dubai, kini anda hanya perlu pergi ke Neom.