Bangun pagi jangan terus ‘off’ aircond, lakukan langkah ini agar penghawa dingin sentiasa bersih, susah rosak

Bangun pagi jangan terus ‘off’ aircond, lakukan langkah ini agar penghawa dingin sentiasa bersih, susah rosak

 

Sejak minggu lalu, cuaca di negara kita terutamanya di Lembah Klang sememangnya sangat panas sekali. Malah tidur pada waktu malam juga boleh berpeluh kalau tidak menggunakan aircond atau kipas angin yang kuat.

Dalam pada tempoh beginilah penggunaan aircond atau penghawa dingin di rumah terutamanya di bilik tidur akan meningkat dan lebih kerap. Apabila semakin kerap digunakan maka ia perlu diservis dan diselenggara dengan kerap.

Mahu tidak mahu terpaksalah upah orang yang pakar dalam bidang servis aircond. Tapi tahukah anda ada beberapa langkap dan cara bagaimana untuk anda bersihkan aircond setiap kali selepas digunakan.

Ingat ya, selepas menggunakan aircond pada waktu malam, ELAKKAN daripada matikan terus aircond. Sebaliknya lakukan langkah berikut.

CARA BERSIHKAN AIRCOND

1. Pertama sekali, anda perlu tukarkan mode pada alat kawalan jauh daripada ‘COOL’ kepada mode ‘FAN’. Kemudian tetapkan kelajuan kipas kepada tahap TERTINGGI.

2. Selepas itu anda biarkan sahaja aircond ‘run’ selama lebih kurang 15 minit.

3. Apabila cukup masa tersebut barulah anda boleh ‘OFF’atau matikan aircond dengan menggunakan alat kawalan jauh atau suisnya.

KENAPA PERLU TUKAR KEPADA MODE FAN

Apabila mode ‘FAN’ diaktifkan ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Oleh itu hanya blower kipas fancoil sahaja yang berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

Ia juga akan mengeringkan kelembapan yang ada pada dalaman unit aircond. Oleh itu ia mampu membantu mengurangkan berlakunya pengumpulan kotoran dan kulat yang boleh muncul dari debu serta kotoran yang bercampuran faktor kelembapan.

Apabila berlaku kotoran yang tidak diberikan perhatian maka aircond juga akan jadi kurang sejuk malah jika dibiarkan berlarutan boleh rosak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam penjagaan aircond berfungsi dengan lebih baik.