Banglo Sajat jatuh harga lagi ke RM3.4 juta, ini sebab kenapa susah dijual

Banglo Sajat jatuh harga lagi ke RM3.4 juta, ini sebab kenapa susah dijual

 

Banglo Sajat jatuh harga lagi ke RM3.4 juta, ini sebab kenapa susah dijual

Sudah masuk tahun 2025, rumah kediaman jenis banglo yang pernah didiami Sajat masih belum dapat lagi pemilik baharu.

Menerusi hantaran Facebook ejen hartanah berpengalaman, Ishaq Marazi berkata baru-baru ini tiada pembida yang mahu membida rumah milik pempengaruh itu.

Acara lelong itu berlangsung pada 5 Mac 2025, dengan harga jualan bermula RM3.79 juta.

Bagaimanapun oleh kerana tiada pembeli, banglo itu akan dilelong sekali lagi dengan harga baharu, RM3.4 juta pada masa akan datang.

Menurut Ishaq Marazi rumah berstatus mewah memang sudah untuk mendapat pembeli. Ini kerana pembelinya di kalangan orang kaya.

“Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida. Sebab pembida pun orang kaya juga.

“Mereka ada pilihan tersendiri dalam membeli rumah. Agak detail, dari segi rekaan, susunan, bahan, fasad dan lain-lain lagi. Mereka ada taste masing-masing,” kata Ishaq Marazi.

Tambah beliau lagi ramai pembeli hubunginya untuk pergi melihat sendiri rumah tersebut.

Bagaimanapun tidak boleh berbuat sedemikian kerana tidak boleh lihat bahagian dalaman rumah lelong.

“Ini adalah faktor terbesar kenapa rumah lelong itu murah. Kadang-kala sampai separuh harga saja,” jelas beliau.