Banglo mewah Sajat kini dilelong RM4.68 juta, jatuh separuh dari harga asal

Banglo mewah Sajat kini dilelong RM4.68 juta, jatuh separuh dari harga asal

 

Nilai banglo Sajat menjunam lagi apabila dilelong dengan harga RM4.68 juta sahaja iaitu separuh daripada harga asal yang ingin dijual sebelum ini iaitu lebih dari RM9 juta.

Menerusi perkongsian ejen hartanah di kenali sebagai Ishaq Marazi di Facebook, banglo tersebut telah dijual oleh Sajat selepas dia melarikan diri ke Australia pada 2021.

Difahamkan, rumah yang terletak di Selangor Polo % Country Club Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai enam bilik dan tujuh bilik air dengan keluasan tanah 11, 093 kaki persegi.

Rumah yang terletak di lot sudut itu juga terlihat masih lagi gah dan pernah ditempati Sajat sewaktu masih bergelar usahawan di Malaysia sebelum berhijrah ke luar negara atas beberapa faktor kontroversi.

Difahamkan, bidaan rumah tersebut akan bermula pada 13 Mei 2024 iaitu hari Isnin sekitar jam 9 pagi.

Sekadar info, banglo berkenaan sebelum ini merupakan milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebelum dijual kepada Muhammad Sajat Kamaruz Zaman pada 2017.