Bandingkan menantu ikut taraf kerja & gaji, Ustaz Elyas dedahkan tiga jenis mentua bermasalah

Bandingkan menantu ikut taraf kerja & gaji, Ustaz Elyas dedahkan tiga jenis mentua bermasalah

 

Bila bercerita tentang mentua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat mentua yang banyak ragam. Lagi-lagi untuk menantu perempuan dan hidup sebumbung pula. Macam-macam yang dibimbangkannya.

Kalau boleh biarlah dapat mentua yang baik hati dan dapat menerima kehadiran diri dengan seadanya.

Itu satu kebiasaan yang yang diharapkan oleh semua menantu wanita.

Lantaran itu, perlu diingat suatu hari nanti diri kita juga akan menjadi mentua pada seseorang juga. Sebaiknya persiapkan diri untuk kita pula menjadi mentua yang baik dan elakkan diri daripada menjadi mentua yang bermasalah.

Ini sebagaimana menurut perkongsian di TikTok, Ustaz Elyas Ismail ada mengulas lanjut berkenaan ada 3 jenis mertua paling bermasalah, semoga ianya menjadi panduan bersama.

3 JENIS MENTUA PALING BERMASALAH

Beliau mendedahkan ada 3 jenis mentua yang disifatkan sebagai bermasalah di dalam video yang dikongsikannya itu.

Pertama : Mentua yang bersikap pilih kasih dan gemar membandingkan anak menantu berdasarkan status kerja serta tangga gaji. Jika pendapatan tinggi, maka layanan baiklah yang akan diberikan namun jika gaji sederhana maka lebih kurang sahaja layanan diberikan.

Kedua : Mentua jenis mata duitan, memandang dikalangan menantu-menantu yang mana banyak duit dan banyak harta. Barulah dia suka dan baik.

@ustazelyasismail

Memang sedih kalau ada mertua jenis macam ni..#fyp #foryourpage #fypシ #keluarga #suamiistri

♬ Kiss the Rain – Elise Bechstein

Ketiga : Mentua yang suka mengongkong, semua benda hendak di kawal padahal dalam hidup anak menantu biarlah mereka yang buat keputusan. Mentua sepatutnya sekadar bagi idea, cadangan sahaja.

Selain itu dalam sebuah video lain, pendakwah ini juga berkongsikan tentang jenis-jenis mak ayah yang dengki melihat kebahagiaan anak menantu sendiri. Tatkala rumah tangga anak-anak bermasalah, mereka semakin galak memburukkan keadaan sehingga mengundang kemudaratan lain.

@ustazelyasismail

Susah hidup anak menantu kalau mak ayah macam ni..moga dijauhkan jadi mak ayah seperti 3 ini#fypシ #fyp #foryourpage #suamiistri #keluarga

♬ Kiss the Rain – Richard Abel

Semoga kita dijauhkan daripada perangai buruk ini.