Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia

Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia

 

Balu Allahyarham bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Anak Harussani, Datuk Ahmad Wafi berkata, ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang tadi semasa dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan akibat demam.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pagi esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana positif Covid-19.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada usia 82 tahun.