“Baliklah pada niat asal, maafkanlah” – Ustaz Amin

“Baliklah pada niat asal, maafkanlah” – Ustaz Amin

Pengerusi Yayasan Al Amin mengajak Ebit Liew, Caprice dan Nadir Al Nuri supaya menjernihkan kekusutan yang berlaku dengan cara baik.

Ustaz Muhammad Abdullah atau dikenali Ustaz Amin berkata, semakin perkara ini berlarutan, semakin akan mendedahkan cara dan jalan kita menbantu saudara kita (Palestin) di sana.

“Musuh (Israel) tidak perlu menghantar spy, mereka mengapi-apikan untuk kita sendiri bongkarkan apa teknik dan strategi kita menghantar bantuan ke sana.

“Baliklah pada niat asal, maafkanlah, jangan layan orang yang terus mengapikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad juga salah seorang ustaz yang banyak berusaha menghantar bantuan dan mengetuai rombongan rakyat Malaysia ke Palestin sebelum ini.

Malah beliau mahu Ebit, Caprice dan Nadir bersama-sama berkongsi pengalaman untuk mereka mengambil iktibar termasuk dirinya.

Menurutnya, dalam isu berkaitan, netizen di negara ini berpecah kerana ada yang menyokong seseorang dengan taksub selain memusuhi seseorang yang dianggap tidak betul.

Ada yang akan simpati pada seseorang, ada yang tidak memihak mahu melihat perkara ini jernih, ada yang mahu melihat salah seorang ‘mati’ potensinya dan ada yang bosan dengan kisah asyik bergaduh.

“Saya doakan anda semua dan semua netizen yang ikhlas, yang tidak mengapi-apikan tokoh ini dan yang tidak taksub sehingga menghina orang yang bukan dari cara kita dengan kebaikan dan keberkatan hidup,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette