Balik 6 bulan sekali, suami kerja ‘offshore’ terkilan isteri bertunang dengan lelaki lain

Balik 6 bulan sekali, suami kerja ‘offshore’ terkilan isteri bertunang dengan lelaki lain

 

Di sebalik gaji yang lumayan, pekerjaan di atas kapal atau lebih dikenali sebagai offshore sebenarnya penuh dengan ranjau duka.

Bukan sahaja risiko di tempat kerja, malahan bagi lelaki atau wanita yang sudah berkahwin, mereka terpaksa menanggung kerinduan mendalam terhadap keluarga tercinta di kejauhan.

Bagi seorang lelaki ini pula, dia terpaksa menelan hakikat pahit apabila mendapat tahu isterinya bakal memulakan hidup baru dengan lelaki lain.

Kisah berkenaan telah dikongsikan semula oleh seorang Peguam Syarie, @HairiMustafa_Associates ke TikToknya sejak 2 hari lalu.

Difahamkan, pekerja offshore berkenaan menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ) dengan isterinya dan hanya pulang 2 kali dalam masa setahun.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba dia mendapati isterinya sudah pun mengikat pertunangan dengan si cinta hati di saat status perkahwinan mereka masih sah.

Lebih mengejutkan lagi, pihak mentua turut menyokong perkara haram berkenaan walhal pernikahan anak menantu sudah berlangsung selama 12 tahun selain dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Disebabkan lelaki ini merupakan ‘anak tidak sah taraf’, ia dijadikan alasan dan desakan agar mereka dapat bercerai.

Pihak mentua juga berkeras tidak mahu keturunan daripada seseorang yang mempunyai status sebegitu. Meskipun sudah pergi ke sesi kaunseling, si isteri tetap tidak mengaku sudah bertunang dengan lelaki lain.

@hairimustafaassociates

BIN/BINTI ABDULLAH “Kesempurnaan itu wujud ketikamana kekurangan itu disyukuri” #fypシ゚viral #baling #balingkedah #anak #sungaipetani #kualaketil #kedah #fyp #nikah #takdir #nikah #anaktaksahtaraf #trending

♬ Orang Yang Salah LUVIA BAND – CERITA CINTA