Bakal suami langgan ‘ayam’ pada harga RM250, siap rancang waktu takut kantoi dengan tunang
Betapa hancurnya hati wanita ini apabila mendapat tahu bakal suami yang bakal dinikahi rupanya melanggan ‘ayam’ untuk kepuasan diri.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan ‘speechless’ dan tak dapat nak menggambarkan perasaan yang dirasainya ketika ini.
Yang pasti, hatinya hancur selepas membaca mesej yang dihantar tunang kepada beberapa akaun dark side yang menyediakan servis terkutuk itu.
Lebih menjijikkan apabila tunangnya siap merancang waktu yang sesuai dan memastikan ‘line clear’ supaya tak disyaki apa-apa.
Dalam screenshot mesej lain, tunangnya dipercayai telah membayar sebanyak RM250 dan berhasrat untuk berjumpa wanita berkenaan di satu tempat yang telah dipersetujui.
Aduhai, ada hikmah Allah SWT tunjukkan segala perbuatan buruk si tunang. Semoga gadis ini sentiasa kuat.