Bakal suami belum move on dari ex-girlfriend, lari di hari pernikahan

Bakal suami belum move on dari ex-girlfriend, lari di hari pernikahan

 

Kata orang jika hati masih belum move on 100% daripada cinta lama, usahlah berkenalan dengan sesiapa kerana ia bakal menyakiti pasangan baru itu suatu hari nanti.

Apalagi jika sudah memasuki fasa serius iaitu mahu bernikah, perihal tentang cerita-cerita lama dan memori sedih tidak seharusnya tercetus lagi.

Pergi rumah dia terus terduduk nampak dia takde

Pun begitu bagi seorang gadis cantik ini, hari pernikahan yang disangka menggembirakan bertukar kepada mimpi buruk. Bakal suaminya ibarat ‘menarik diri’ pada saat-saat akhir dan tidak muncul langsung pada tanggal 8 Januari 2022 lalu.

Akibat terlampau sedih, Saudari Ikin cuba membawa hati yang lara dengan merantau seketika namun keperitan itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja.

@iekinr8

pergi rumah dia trus trduduk nmpk dia tkde. skrg da redha.. save sini sbg peringatan in future & nak clear gallery phone #fypシ #foryou #sarawakian

♬ suara asli – midoublel_en – midoublel_en

Selama seminggu, dia asyik keluar rumah & tak balik

Meskipun pagi itu dia cuba menghubungi kembali jejaka berkenaan, ia langsung tidak berjawab dan hanya bakal ibu mentuanya sahaja menjelaskan anaknya memang tidak mahu meneruskan perkahwinan ini.

Alangkah terkilannya rasa hati seorang perempuan setelah mendapati teman lelaki sendiri rupanya masih belum boleh melupakan bekas teman wanita terdahulu.

@iekinr8

Reply to @suecexx16 dia lari pagi nikah.. i dah macam orang tak betul masa tu #fyp #fypシ #sarawakian #runawaygroom

♬ original sound – celinesun🦋✨ – celinesun🦋✨

Ayah saya kesian…Dia tua dah

Bukan Iekin sahaja merasa sedih, namun hatinya bertambah sayu setelah melihat ayahnya yang sudah tua selama ini sibuk menguruskan beberapa hal penting berkaitan perancangan nikah mereka.

Berbalik tentang soal dirinya dilihat berusaha untuk memperbaiki hubungan pula, dia bukanlah ‘terkejar-kejar’ atau ‘try hard‘. Sedar percubaan itu ibarat bertepuk sebelah tangan, dia akur dengan takdir yang sudah tertulis sebegini rupa.

@iekinr8

Reply to @lewasfahijab ye kesian sangat ayah saya 🥺 pasal pelamin tu pun ayah takde choice, kena bukak secepat mungkin #fyp #fypシ #runawaygroom

♬ original sound – celinesun🦋✨ – celinesun🦋✨

@iekinr8

Reply to @sharggg tapi tu dulu laaa , sekarang langsung takde perasaan apa dah #fyp #fypシ #sarawakian #runawaygroom

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

@iekinr8

Reply to @chor1197 pening ngan awak #fyp #fypシ #runawaygroom #sarawakian

♬ Attack on Titan Call of Silence Music Box Ver. – 🌵