Bak adegan drama TV, tular video lelaki pujuk kekasih di tengah highway dalam hujan jadi perbualan

Bak adegan drama TV, tular video lelaki pujuk kekasih di tengah highway dalam hujan jadi perbualan

 

Jika kita penonton setia drama-drama di televisyen, adegan berlari ke tengah hujan ketika bergaduh dengan pasangan pastinya pernah kita lihat.

Biasanya salah seorang akan datang untuk memujuk bagi menenangkan emosi salah seorang daripada mereka supaya tidak melakukan tindakan di luar jangka.

Gaduh tengah2 highway

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Boyy_tayar apabila memuat naik video satu pasangan sedang ‘berdrama’ di penghadang jalan di tengah lebuh raya.

@boyy_tayar

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan 😌

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Suasana ketika itu juga hujan dan dapat dilihat yang lelaki tersebut berusaha menenangkan seorang wanita kerana sedang dalam keadaan beremosi.

Ada sedikit pergelutan antara mereka selepas lelaki itu dilihat cuba memeluk wanita berkenaan yang mengelak daripada disentuh pasangannya.

Pengguna TikTok itu hanya meninggalkan kapsyen mendoakan  agar urusan mereka dipermudah tanpa mengetahui punca sebenar ‘drama’ berkenaan berlaku.

Macam drama 7 Hari Mencintaiku

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan membuat pelbagai andaian.

Ada yang berseloroh mengaitkan kejadian berkenaan dengan drama yang tengah rancak di kaca televisyen iaitu 7 Hari Mencintaiku 3 dan ada juga yang terfikir boleh jadi ketika itu wanita berkenaan sedang lari dari gangguan lelaki berkenaan.

Boleh jadi wanita tu perlukan bantuan

Tekanan jiwa tiak kira siapa, tempat dan waktu

Patut pihak berkuasa boleh ambil tindakan kerana ganggu pengguna jalan raya yang lain

Mungkin sedang lari dari lelaki bermasalah?

Bahaya tau gaduh dekat highway macam ni

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang penjelasan yang tepat berkenaan kejadian terbabit. Namun, video yang dikongsikan oleh @Boyy_tayar itu sudah pun ditonton lebih daripada 2 juta viewers kurang dari 24 jam selepas ia dimuat naik.