“Baik aku balik kampung” – Walau ada ijazah, gadis kesal ditawarkan gaji RM1,600 di Kuala Lumpur

“Baik aku balik kampung” – Walau ada ijazah, gadis kesal ditawarkan gaji RM1,600 di Kuala Lumpur

 

Rasanya isu mengenai gaji permulaan ni dah lama dibincangkan disebabkan jumlah tersebut tidak setimpal dengan kos sara hidup di bandar.

Lebih menyedihkan apabila pelajar lepasan ijazah hanya ditawarkan gaji kurang daripada RM2,000.

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang gadis yang hanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,600 walaupun dia memiliki ijazah sarjana muda.

Gadis itu berkata, gaji RM1,600 tidak setimpal dengan ijazah yang dia miliki lebih-lebih lagi jika bekerja di Kuala Lumpur sedangkan gaji pekerja retail jauh lebih tinggi walaupun hanya ada SPM.

Basic graphic design RM1,600 hidup kat KL, hangpa rasa aku nak hidup macam mana? Tapi, aku pi interview kerja retail basic RM3,000.

Menurutnya, walaupun tiada pengalaman bekerja dalam bidang retail, dia masih diberi gaji RM3,000 namun bekerja sebagai pereka grafik yang tiada pengalaman hanya ditawarkan gaji permulaan RM1,600.

Aku ada ijazah.. basic RM1,600 sebab aku tak ada pengalaman. Aku buat retail tak ada experience juga basic aku still lagi RM3,000 berlandaskan SPM. Tu pun tak tengok sangat result aku. Baik aku balik kampung.

 

Di ruangan balas, rata-rata netizen berpendapat gaji tersebut tidak berbaloi kerana kos hidup semakin tinggi. Mereka turut memberi cadangan kepada gadis itu untuk bekerja sendiri sebagai pereka grafik untuk mengumpul pengalaman.

Spm 1 Spm 2 Spm 3

Kalau bawah RM2K memang sakit lagi-lagi duduk bandar..