Bagi signal pun kena tendang, tindakan rider patahkan ‘side mirror’ Porsche dipertikai

Bagi signal pun kena tendang, tindakan rider patahkan ‘side mirror’ Porsche dipertikai

 

Pada awal pagi hampir setiap laluan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke tempat kerja.

Baru-baru ini seorang rider penghantar makanan dirakam menendang cermin sisi kiri sebuah Porsche  911 Carera 4S sehingga tercabut dan terpelanting mengenai Toyota Estima di hadapan mereka.

Dalam video berdurasi satu minit itu kelihatan kereta Porsche terbabit cuba menukar lorong ke kiri perlahan-lahan sambil membuka lampu signal. Pemandu tidak terus masuk ke lorong tengah, sebaliknya berhenti seketika memberi laluan kepada beberapa buah motosikal di belakangnya.

 

Secara tiba-tiba datang seorang rider penghantar makanan terus menendang cermin sisi kereta terbabit sehingga tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Tindakan rider itu mengundang pertikaian warganet, ada yang menyalahkan pemandu Porsche itu kerana tidak sabar mahu menukar lorong. Nyata mereka, memberi lampu signal bukan ‘lesen’ untuk menukar lorong tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari belakang terlebih dahulu.

Namun lebih ramai mengutuk perbuatan rider berkenaan kerana bertindak agresif merosakkan kenderaan pengguna jalan raya lain yang boleh menyebabkan pemandu sukar untuk meneruskan perjalanan.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Yazeed Hair Johari

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pemandu Porsche itu membuat laporan polis terhadap rider terbabit kerana berlaku khianat merosakkan kereta miliknya.

Mereka turut berharap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang setimpal kepada rider agar dapat menjadi pengajaran buat dirinya serta penunggang motosikal yang lain.

Gara-gara insiden rider sepak side mirror pada pagi tadi, habis semua nama rider tidak bersalah turut terpalit jua.