Hanya tanya pasal duit, ibu sanggup telefon marah-marah sebab bagi sikit sangat

Hanya tanya pasal duit, ibu sanggup telefon marah-marah sebab bagi sikit sangat
Sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk memberikan nafkah kepada ibu bapa masing-masing khususnya mereka yang tidak berkemampuan.
Namun, realitinya tidak semua anak mampu untuk menghantar wang kerana mereka juga berdepan kos sara hidup yang tinggi serta komitmen-komitmen lain.
Di TikTok, tular kisah seorang anak yang dimarahi ibunya kerana hanya mampu menghulur sedikit wang, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Aku ingatkan mak aku telefon sebab nak tanya keadaan aku ke apa. Rupa-rupanya cuma nak tanya kenapa bagi duit belanja sikit sangat.
“Pakej marah-marah lagi. Aku ingatkan dalam drama saja ada mak macam ni. Sekali kena kat aku.
“Anak-anak bagi je setakat yang mampu. Tapi yang sedihnya call untuk tanya pasal duit lepas tu matikan call,” luah individu itu.
Hantaran berkenaan meraih lebih 80,000 tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Beberapa individu berkata mereka juga berdepan situasi sama dengan ibu masing-masing.
“Macam mak saya. Dah bagi tapi nak lebih. Siap marah-marah kenapa gaji saya tiada simpanan? Padahal dah banyak habis sebab dia minta itu ini.
“Mak aku pula jenis tak reti bersyukur. Siap minta RM1,000 sebulan. Dia pakai duit tu untuk tanggung abang aku dan anak bininya.
“Kali pertama kerja kilang gaji RM900. Wajib bagi mak RM500. Mak cakap pandai-pandailah guna baki RM400. Nak nangis tapi tahan.
“Memang ada jenis mak-mak yang tak reti bersyukur apabila anak-anak dah bagi duit,” tulis netizen.
Beberapa wanita yang sudah bergelar ibu turut menulis pendapat mereka di ruangan komen.
“Saya kalau anak bagi, saya ambil. Kalau tak, saya diam-diam saja sebab kita faham keadaan sekarang macam mana.
“Aku pun ibu yang ada anak bujang. Faham keadaan mereka. Tak memaksa pun bagi setiap bulan,” tulis pelayar TiKTok.