Bagi alasan rindu anak, dua wanita didakwa cuba tarik & sorok kanak-kanak masuk dalam sari

Bagi alasan rindu anak, dua wanita didakwa cuba tarik & sorok kanak-kanak masuk dalam sari

 

Tempat pelancongan merupakan tempat tumpuan umum. Jadi, jika ada ibu bapa membawa anak-anak kecil, harus diingatkan supya peka dan tidak culas memerhatikan gerak geri mereka.

Cuba tarik tangan budak

Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @alfitry_azmi52, dia telah memuat naik video ketika dia dan beberapa kenalan yang membawa anak-anak kecil berada di Genting Highland.

Apa yang membuatkan mereka berasa panik adalah salah seorang kanak-kanak yang berada dalam kumpulan mereka hampir ditarik dan disorok masuk ke dalam sari oleh dua orang wanita mencurigakan.

@alfitry_azmi52

Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak genting@Maz 🌻

♬ original sound – alfitryazmi52 – alfitryazmi52

Dari awal dah nampak mencurigakan

Pada awalnya, dia memaklumkan yang memang sudah berasa curiga melihat kelakuan dua wanita terbabit dipercayai bukan warganegara Malaysia.

Jadi, ketika mereka sedang bermain permainan di sana, tidak semena-mena kenalan mereka yang memegang anak telah dikerumuni oleh individu terbabit.

Disebabkan itu, mereka telah bergegas mendapatkan bantuan polis yang berada di kawasan tersebut dan membawa dua orang wanita itu ke ruangan keselamatan.

Alasan rindu anak

Ketika disoal siasat, wanita-wanita terbabit  memaklumkan yang mereka hanya ingin memegang kanak-kanak tersebut kerana merindui anak mereka yang jauh di negara asal.

Bukan nak menuduh atau memburukkan mana2 pihak

Menerusi video seterusnya, lelaki terbabit sama sekali tidak menuduh ataupun membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian tersebut.

Apa yang ingin disampaikan adalah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa supaya tidak leka dan sentiasa memerhati gerak geri anak agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

@alfitry_azmi52

Replying to @alfitryazmi52 PENJELASAN KEDUA DARI SAYA SENDIRI SEBAGAI SAKSI KEJADIAN. #kesgenting

♬ original sound – alfitryazmi52 – alfitryazmi52

Bagus bang, ada sifat sensitif & berjaga2

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan oleh pengguna TikTok berkenaan kerana anak kita merupakan tanggungjawab kita.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kerana berkongsi info kepada warganet supaya dapat lebih berhati-hati dalam segala hal lebih-lebih lagi di tempat sebegitu.

Memang pernah alami hal sama

Terima kasih kerana kongsi info macam ni

Semoga kita dijauhkan dari perkara2 macam tu