Bagai curah minyak ke api, suami Ustazah turut tempelak lelaki dayus benarkan doktor periksa aurat isteri

Bagai curah minyak ke api, suami Ustazah turut tempelak lelaki dayus benarkan doktor periksa aurat isteri

 

Isu doktor lelaki yang menyeluk aurat isteri ketika bertarung bersalin yang dibangkitkan oleh seorang Ustazah, Siti Afifah Shabudin dua hari lalu nampaknya semakin panas membara.

Ini kerana selepas isu ini mendapat perhatian ramai isteri dan para suami yang mengatakan “rezeki” seseorang itu tidak sama kerana mereka terpaksa memilih hospital kerajaan kerana tiada pilihan berbanding mereka yang berkemampuan akan memilih hospital swasta untuk menemani isteri ketika bersalin, suami kepada Ustazah Siti Afifah turut menyelar lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyeluk kemaluan isteri saat bersalin itu tiba.

Dengan nada agak meninggi suara dari perkongsian di Tik Tok @scorpion merah, kelihatan Ustaz berkenaan membangkitkan isu ini di mana katanya, para suami mempunyai masa selama sembilan bulan untuk “mengumpul duit” dan boleh memberikan keselesaan buat isteri ketika bersalin.

Dalam video yang tular ini, kata Ustaz ini (namanya tidak dinyatakan) berkata, pagi tadi dia mendengar seorang lelaki meminta isterinya duit RM10,000 kerana ingin membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana mahu menjaga aurat selepas isu ini tular.

@scorpion.merah

Bincangkan .. #ustazahtiktok #fyp #viral #malaysia #fypシ #roadto10k

♬ original sound – 𝔰𝔠𝔬𝔯𝔭𝔦𝔬𝔫 𝔪𝔢𝔯𝔞𝔥 – 𝔰𝔠𝔬𝔯𝔭𝔦𝔬𝔫 𝔪𝔢𝔯𝔞𝔥

Dalam kenyataan di videonya, dirinya seakan menambah api dan menempelak para suami kerana gagal menyediakan wang sebagai persediaan untuk isteri bersalin.

“Hey kamu lelaki, kamu suami. Kamulah bertanggungjawab untuk untuk sediakan wang itu. Ketika kami bersama-sama isteri di malam pertama, adakah kamu tidak pernah berfikir akan ada anak? Soalnya.

“Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki dayus kamu. Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu, sembilan bulan Allah taala beri tempoh kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin. Hanya dikenakan beberapa ringgit sahaja, kamu sanggup serahkan maruah isteri. Murahnya maruah seorang isteri soalnya.

“Sepatutnya demi maruah, demi keselesaan, kemudahan, isteri yang berjuang lahirkan anak boleh jadi hidup boleh jadi mati. Sedang berjuang. Kamu sedap-sedap saja. Malam pertama sedap, sembilan bulan itu sedap, makan sedap, hisap rokok sedap tak fikir benda tu membazir. Maruah isteri kamu nak letak di mana. Mana letak maruah isteri kamu nie, soalnya.

Isu mengenai doktor lelaki menyambut kelahiran pernah diulas oleh Mufti Wilayah yang juga merupakan bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli pada tahun 2018.

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat

  • Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
  • Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).
  • Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
  • Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الل

هُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِمْ

Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:-

قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي – رحمه الله – : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة

Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga,

Wallahua’lam.