Baca al-Quran sebab nak faham isu Pale.stin, lagi ‘influencer’ di TikTok peluk Islam
Beberapa minggu kebelakangan ini, sebuah trend membaca terjemahan kitab suci Al-Quran telah menjadi ikutan beberapa pengguna di media sosial terutamanya di TikTok.
Ramai yang mula mendalami dan membaca terjemahan Al-Quran selepas terkesan dengan pegangan iman ditunjukkan rakyat Palestin.
Selepas membaca dan mendalami terjemahan kitab suci itu, seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai @abbeyhafez akhirnya membuat keputusan untuk melafazkan syahadah.
Berdasarkan video perkongsian terbarunya di TikTok, beliau melafazkan kalimah suci itu dihadapan seorang lelaki di sebuah bilik atau ruangan di Dubai.
“Saya melafazkan syahadah hari ini dan memutuskan untuk menjadi seorang Islam. Pilihan paling terbaik dalam hidup saya. Alhamdulillah,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
@abbeyhafez I took my shahada today and decided to revert to Islam from Christianity ❤️❤️✝️☪️ my smile at the end 🥹 best choice in my life alhamdulillah 🙌🏻 #shahada #islam #muslimrevert #muslimconvert #muslim #christianreadsquran
Menerusi perkongsian yang berlainan, Abbey mula mendalami terjemahan Al-Quran pada awal November lalu.
Menurutnya, hatinya telah terdetik untuk membaca Al-Quran hanya kerana ingin tahu dan memahami situasi sebenar di Palestin.
“Saya mula membaca Al-Quran kerana ingin tahu, dan ia telah membuatkan saya berasa tenteram serta membantu saya untuk lebih memahami berkenaan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin sekarang,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
@abbeyhafez I started reading the Quran out of curiosity and its bringing me so much peace and understanding about whats happening in Palestine right now 🫶🏻🇵🇸 #palestine #freepalestine #islam #quran
Selain itu, Abbey juga telah memuat naik beberapa video kupasan beliau tentang apa yang dipelajarinya menerusi pembacaan tersebut.
Cuba mendirikan solat walau belum bergelar muslimah
Dalam satu lagi video, Abbey yang mengenakan sepersalinan lengkap pakaian solat atau telekung telah cuba untuk mendirikan solat.
Perkara tersebut telah mendapat pujian daripada netizen kerana niatnya yang mulia itu.
“Saya masih belum seorang muslim lagi, tapi saya baru tunaikan solat dengan bantuan anda semua. Saya mula menangis di hujung solat selepas berdoa. Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini. Ia sangat tenang,” katanya menerusi perkongsian video tersebut.
@abbeyhafez UPDATE: I’m not muslim yet but I just did my first wudu & salah and I couldn’t stop crying 😭😭😭♥️ I feel like I’m home 🥲🥲❤️ #muslim #salah #islam #learningaboutislam
Meninjau ke ruangan komen video-video perkongsian Abbey, ramai yang memberikan sokongan dan dorongan kepadanya untuk mempelajari Islam.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“MasyaAllah sahabatku, kami disini bersama anda. Ameen,” tulis seorang netizen yang mendoakan Abbey.
“Saya baru sahaja mula membaca Al-Quran beberapa hari lalu. Saya tidak pernah merasakan begitu banyak rasa cinta dan keindahan dalam hidup saya,” tulis seorang lagi netizen yang baru sahaja mula membaca Al-Quran.
Maa shaa Allah. Tabarakallah. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati anda dan orang yang anda sayangi. Aamiin,” tulis Mufti Menk seorang pendakwah terkenal.