“Abang serius, sanggup sehidup semati..” – Terima mesej aneh, Baby Shima dedah lelaki ‘gila bayang’
“Abang serius, sanggup sehidup semati..” – Terima mesej aneh, Baby Shima dedah lelaki ‘gila bayang’
Penyanyi Baby Shima memberitahu dia masih lagi menerima direct message (dm) berbentuk aneh di media sosial.
Terbaru, Shima dilihat memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang diterima olehnya. Menurut Shima, individu berkenaan sangat menyukai dirinya sehingga menganggu dan menghantar dm berbentuk aneh di Instagram miliknya.
Tambah Shima, sebelum ini individu tersebut pernah menghantar mesej yang sama kepadanya di Facebook.
Enggan terus diganggu, Shima menulis kapsyen bahawa dia tidak mencintai lelaki tersebut.
Maaf bang, saya tak cintakan abang. Ingat anak bini abang oiu. Saya dah block abang dekat Facebook, abang datang sini pula.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Shima. Menurut netizen, apa yang dilakukan oleh Shima itu merupakan jalan terbaik agar individu tersebut tidak berani menganggunya lagi.