Azlee Senario dikejarkan ke IJN, adik mohon doa ramai

Azlee Senario dikejarkan ke IJN, adik mohon doa ramai

 

Pelawak terkenal, Azlee Senario berada di IJN susulan berada dalam keadaan kurang sihat selepas beberapa rakan memuat naik perkongsian memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya.

Menerusi hantaran di Instagram yang dibuat Ropie Cecupak, dia telah berkongsi tangkapan layar perbualan mesej di platform WhatsApp keadaan Azlee yang terbaring dengan wajar di badan bagi mendapatkan rawatan.

“Assalamualaikum smua ..
Marilah bersama kita mendoakan smuga teman kita Artis Azlee senario diberikan sepenuh kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusannye . amin” tulisnya.

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook milik Mohd Aliff Shadiqin II, pelawak itu kini dalam keadaan stabil selepas pembedahan susulan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN).

Ujarnya, Azlee dipercayai alami urat jantung putus dan perlu menjalani pembedahan dalam kadar segera.

Syukur, pembedahan terebut telah berjalan dengan lancar.

“Assalamualaikum azlee senario beliau berada di ijn kuala lumpur

“Alami urat jantung putus dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

selepas opertion …” tulisnya.

Perkara itu turut disahkan oleh adik perempuan Azlee menerusi akaun Instagram @billyjaafar.

Menurut Billy, abangnya dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung.

“Minta jasa baik rakan-rakan Billy semua dan sesiapa yang mengenali beliau (Azlee Senario), sama-sama mendoakan kesembuhan buat abang Billy yang kini berada di IJN disebabkan serangan jantung,” ujarnya.

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang terkejut dengan berita kesihatan Azlee memandangkan dia dilihat sihat sepanjang melakukan siaran langsung di platform TikTok sebelum ini.

Rata-rata mereka mendoakan agar pelawak berusia 56 tahun itu segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

Azlee Senario berada di IJN