Azira Shafinaz dijangkiti varian Omicron

Azira Shafinaz dijangkiti varian Omicron

 

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz, 30, mengesahkannya positif COVID-19.

Azira berkongsi berita duka itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, petang ini.

Pelakon filem Penunggang Agama itu berkata, perkara paling ditakuti menjadi kenyataan, hari ini.

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan baru sahaja disahkan positif COVID-19.

“Saya mohon maaf kepada semua yang menjadi kontak rapat, jadi, tolong lakukan ujian calitan segera. Saya juga terpaksa menyusahkan rakan artis dan kru produksi selepas disahkan positif.

“Saya kesal terpaksa menyusahkan syarikat produksi memandangkan terbabit dengan penggambaran drama.

“Insya-Allah, saya beransur baik, tidak lama lagi. Justeru, saya mohon doa anda semua,” tulis Azira.

Azira berkongsi berita duka mengenai positif COVID-19 menerusi hantaran yang dimuat naik di laman IG, petang ini.

Azira berkata, varian Omicron tidak boleh dibawa main.

“Sehari sebelum disahkan positif, saya melakukan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), tetapi keputusannya negatif.

“Namun, hari ini, ujian RT-PCR menunjukkan kedua positif. Jadi, kita perlu menjaga diri dalam keadaan begini.

“Minumlah air dengan banyak dan dapatkan suntikan penggalak,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa artis lain turut dijangkiti varian Omicron termasuklah ini ialah Nabila Razali, Ariff Bahran, Tasha Mansahar, Luqman Faiz dan ramai lagi.