Azhar Sulaiman tak tolak jika jodohnya dengan ahli kumpulan The Gadys

Azhar Sulaiman tak tolak jika jodohnya dengan ahli kumpulan The Gadys

 

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai satu video nyanyian kumpulan The Gadys.

The Gadys yang dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn itu menjadi perhatian apabila dilihat bergelut menyanyikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim).

Atas kejadian tersebut, kumpulan itu menerima kecaman yang hebat dan wakil pengurusan, Universal Music Malaysia & Valient Music berkata, kumpulan The Gadys terima kritikan dengan hati terbuka selepas video nyanyian sumbang pada Anugerah KNKV Viral 2024 menjadi tular, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, video yang menjadi tular tersebut telah mendapat pelbagai respon dari warganet dan juga selebriti.

Salah seorang yang turut memberikan respon terhadap video tersebut adalah pelakon Azhar Sulaiman.

Azhar memuat naik satu hantaran di Instagram dan menyatakan bahawa walaupun kumpulan tersebut dikecam, namun dia tidak menolak jika salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dijodohkan dengan ahli keluarganya.

Walaupun ramai yang kecam mereka, Behar pilih untuk berserah kepada Takdir jer sebab kita tak tahu Ajal-Jodoh-Rezeki semua di tangan Allah swt.

Behar tak marah, tak kisah and redha jer kalau dah jodoh.

Malah Azhar Sulaiman juga menyatakan die tidak menolak sekiranya jodoh anaknya dengan ahli kumpulan tersebut.

Kutuk kutuk kang….takut Rees nikah dengan salah seorang dari dorang plak nanti….or even me.

Bukan itu sahaja, Azhar turut menyatakan bahawa selain untuk anaknya, dia juga bersedia untuk menerima seandainya jodoh tersebut untuknya.