“Ayam yang diisukan, bayam pula distabilkan” – Menteri Ekonomi dikritik buat tinjauan harga barang tapi pergi bahagian sayur

“Ayam yang diisukan, bayam pula distabilkan” – Menteri Ekonomi dikritik buat tinjauan harga barang tapi pergi bahagian sayur

 

Kenaikan harga barang terutamanya makanan dan minuman tidak dinafikan sangat dirasai buat rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar.

Meskipun harga siling bagi barangan seperti ayam dan minyak masak telah ditetapkan oleh kerajaan namun kadar kenaikan harga barang masih lagi dikenakan para peniaga di luar sana.

Ia sekaligus menjadi beban buat mereka malah kesan dan implikasi boleh dilihat seperti kejadian bunuh diri dan juga jenayah akibat tertekan dengan kenaikan sara hidup.

Menjengah ke ruangan Facebook Menteri Ekonomi, Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, beliau dilihat ada membuat kunjungan ke pasar tani bagi meninjau-ninjau harga barangan yang dijual.

Namun, ia mula menjadi kritikan netizen apabila Mustapa seolah-olah tidak cakna dengan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan telah membebankan rakyat.

Facebook

Menjengah ke ruangan komen, netizen kebanyakan berasa jengkel dengan tindakan meninjau-ninjau itu di mana mereka beranggapan bahawa YB patut mengenal pasti kenaikan harga ayam, telur dan minyak masak dan bukannya sayuran-sayuran seperti bayam dan pisang.

YB, YB salah faham ni, yang rakyat komplen harga ayam, bukannya bayam. gaji YB bulan-bulan puluh ribu, takkan YB je nak makan ayam hari-hari, rakyat pula kena makan bayam je. – netizen