Asyik isteri kena rancang kehamilan, doktor pakar cadang suami pun pergi potong tube

Asyik isteri kena rancang kehamilan, doktor pakar cadang suami pun pergi potong tube

 

Kebanyakan pasangan di luar sana sangat menginginkan anak ramai serta sebuah keluarga yang besar.

Akan tetapi jika si isteri perlu melalui kaedah caesarean untuk melahirkan bayi melebihi 2 atau 3 kali, selalunya doktor akan menasihatkan supaya peranakan diikat bagi kurangkan risiko.

Bagi yang beranak czer, ikat jangan tak ikat

Mana taknya, kesan selepas orang bersalin secara czer ini tidak sama seperti ibu yang melahirkan secara normal.

Malah mereka ini perlu berpantang dengan lebih baik serta perlu menjaga tempat operation tersebut supaya tidak berlaku jangkitan kuman dan sebagainya.

Suami awak tu pun boleh kena potong je tube tu…Tak boleh mengandung dah

Kalau selama ini, bab perancangan anak sering sahaja diletakkan di bahu wanita, sama ada melalui kaedah pemakaian IUD, implan, makan pil perancang dan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau senang digelar ‘ikat peranakan’.

Namun seorang doktor pakar bernama Aishah ini mencadangkan untuk si suami pula mengambil tugas berkenaan.

@draishahlangkawii

#fypシ゚viral #fypage #vaginatightening #fyp #langkawi #marriedlife

♬ original sound – klinikpakaraishahh – klinikpakaraishahh

Suami pun boleh potong tube, nama vasectomy…Lagi murah dari ikat peranakan

Jelas pegawai perubatan tersebut, yang lelaki boleh saja menjalankan proses ‘ikat tube’ atau vasectomy sebagai langkah mengelakkan si isteri mengandung.

Menurut portal The Asian Parent, satu operation kecil akan dijalankan supaya dapat halang sperma daripada masuk ke dalam air mani selepas berhubungan. Malah kata Dr Aishah, kaedah ini jauh lebih murah kosnya berbanding BTL.