“Astaghfirullah, pergi bagi Tok Mak” – Pakai gigi palsu nenek, gelagat Tiara hampir buat Achey muntah

“Astaghfirullah, pergi bagi Tok Mak” – Pakai gigi palsu nenek, gelagat Tiara hampir buat Achey muntah

 

Dalam keterujaan beraya ke rumah sanak saudara, ibu ayah yang sakan berborak biasanya akan melepaskan anak mereka untuk bebas bermain dengan kanak-kanak lain di sekitar rumah.

Namun saat ini juga, anak-anak yang terlalu gembira bermain tanpa pantauan ibu bapa cenderung melakukan ‘projek’ tidak terjangkau dek akal.

Itulah hal yang dikongsikan oleh selebriti dan pelawak terkenal, Achey di mana perkara tersebut tular di laman media sosial sejak semalam.

Ketika bertandang di rumah saudara mereka, anaknya, Nur Tiara telah bermain sebuah gigi palsu dipercayai milik neneknya sendiri.

Entah dari mana dijumpai, Tiara dilihat selamba kemam gigi tersebut dalam mulutnya sebelum perbuatan tersebut berjaya dihidu oleh Achey.

Pelawak berkenaan kemudiannya segera menyuruh kanak-kanak itu untuk luahkan dan pulangkan gigi tersebut kepada neneknya yang mesra digelar Tokma.

Tak lama kemudian, isteri Achey iaitu Anne turut muncul dan amat terkejut dengan gelagat nakal Tiara.

@achey_kintangkintung

Dia sorang je yang berani pakai🤣🤣… punya sayang tok mak dia.. gigi pun dia pakai… @Tiaracandy_official

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Meraih jutaan jumlah tontonan, ramai peminat terhibur melihat kenakalan Tiara.

Video Achey ini juga mengimbau semula kenangan lucu mereka dengan gigil palsu ketika zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.