Asmuni kekal terajui AMANAH Perak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Dato’ Asmuni Awi kekal sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi penggal 2023 hingga 2026 ini manakala timbalan pengerusi pula disandang Dr Ahmad Termizi Ramli muka baru yang menggantikan Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Hampir 50 peratus muka baharu dilantik bagi membarisi kepimpinan Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi sesi 2023-2026, kata Pengerusi AMANAH Perak itu.
Mengumumkan perkara itu dalam kenyataan media, beliau berkata barisan kepimpinan baharu itu merangkumi kombinasi muka lama dan baharu, yang diputuskan sebulat suara pada mesyuarat pelantikan jawatankuasa AMANAH Perak bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung pada 25 Februari yang lalu.
“Walaupun tampil dengan ramai muka baharu namun kebanyakan daripada mereka telah pun lama berkhidmat di peringkat kawasan,” katanya.
Katanya proses pelantikan jawatankuasa utama itu adalah bagi memenuhi tuntutan perlembagaan parti menurut Fasal 17.2 (b).
Beliau berkata barisan kepimpinan yang dibentuk turut mengambil kira pelbagai faktor dalam meneruskan kecemerlangan kepimpinan dan hala tuju AMANAH Perak.
Berikut adalah senarai kepimpinan AMANAH Perak bagi sesi 2023-2026:
Pengerus: Dato’
Asmuni Awi
Timbalan Pengerusi: Dr Ahmad Termizi Ramli
Naib Pengerusi 1 : Dr Muhaimin Sulam
Naib Pengerusi 2: Dr Fakhruldin Mohd Hashim
Naib Pengerusi 3 : Adnan Abd Rahman
Ketua Pemuda : Khairul Najib Hashim
Ketua AWAN: Roos Lailawati Binti Mat Johar
Ketua Warda: Fatin Nabilla
Setiausaha: Azhar Rahman
Penolong Setiausaha 1: Safarizal Salleh
Penolong Setiausaha 2: Ahmad Shamhan Bin Itam Ahmad
Bendahari: Akhiruddin Muhammad Taib
Pengarah Sumber Manusia : Zaiton Latif
Pengarah Komunikasi : Badrin Khalid
Pengarah Pilihanraya : Salman Saleh
Pengarah Syariah: Haji Azmy Mohd Nazir