“Asma’ Al-Hirzi boxing style” – Perawat alternatif guna kaedah bertinju untuk ‘KO’kan pesakit

“Asma’ Al-Hirzi boxing style” – Perawat alternatif guna kaedah bertinju untuk ‘KO’kan pesakit

 

Satu rakaman yang dikongsi oleh pusat perubatan alternatif telah mengundang satu perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial, baru-baru ini.

Mana tidaknya, video berdurasi 17 saat itu memaparkan seorang perawat alternatif sedang bertinju dengan wanita dipercayai untuk menyembuhkan gangguan sihirnya.

Ditemani oleh beberapa pemerhati, perawat tersebut mulanya dilihat hanya bersila manakala wanita tersebut pula seolah-olah mencakar karpet sebagai tanda protes.

Lelaki berkenaan kemudian beberapa kali memberikan ‘tumbukan’ sebelum pesakit wanita itu berdiri untuk mengelakkannya daripada terkena serangan angin tersebut.

Tidak terhenti di situ, perawat tersebut dilihat semakin agresif sehingga membuatkan pesakit itu semakin mengundur ke arah belakang lalu terperangkap di tepi dinding.

Pekerja perubatan alternatif itu mengambil kesempatan melepaskan tumbukan angin bertubi-tubi sehingga pesakit tersebut terjatuh ‘KO’ setelah kepalanya dipegang.

“Gaya tinju Asma’ Al-Hirzi (jenis rawatan),” tulis pemilik akaun pusat perubatan alternatif itu di ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik di platform TikTok.

@dhomirruqyah

Asma’Al-Hirzi Boxing style #ayathirzi #asmaalhirzi #pusatterapialhirzi #ruqyahaswaja #ruqyahayathirzi #ilmunafas #penghancursihir

♬ suara asli – Dhomir Ruqyah – Dhomir Ruqyah

Tular di media sosial, video unik itu setakat ini telah berjaya meraih lebih setengah juta tontonan dan 28,300 tanda suka daripada pelayar platform media sosial TikTok.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, rata-rata pengguna TikTok mengaku terkejut selepas melihat keanehan kaedah rawatan alternatif dipilih oleh perawat tersebut.

Sehinggakan, ramai individu merasa sangsi dan sama ada rawatan yang dirakamkan pengguna TikTok tersebut adalah benar atau hanya sekadar lakonan semata-mata.

Namun begitu, ada juga beberapa pelayar TikTok yang beranggapan bahawa cara perubatan alternatif tersebut agak menggelikan hati dan amat menghibur penonton.

“Betul ke cara rawatan ustaz ini,” soal seorang pengguna yang kemudian direspon oleh pemilik akaun mengatakan bahawa Nafas Asma ‘Al-Hirzi bukan sejenis ruqyah.

“Banyak tengok cerita Rocky ini.” Kata pengguna lain yang meneka bahawa rawatan dipaparkan tersebut adalah lakonan diinspirasikan daripada filem tinju semata-mata.