Aslam bagi Umisya sekuntum bunga mawar, netizen risau Marissa Dania cemburu

Aslam bagi Umisya sekuntum bunga mawar, netizen risau Marissa Dania cemburu

 

Menantu kepada pelakon Abby Abadi iaitu Aslam sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas terbuka berkongsi momen romantis bersama isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TIkTok Abang Tesla, memaparkan Aslam membuat kejutan dengan memberikan sekuntum bunga mawar merah kepada Umisya.

Turut kelihatan kedua-dua pasangan muda itu tersenyum malu saat momen itu dirakam Abang Tesla.

@abg.tesla

So sweet la @aslam ni.. 🥲 #abgtesla #aslam #umisya

♬ Masing Masing – Encik Senget

Difahamkan, Umisya bersama beberapa individu lain termasuk isteri Abang Tesla iaitu Nurmajdina bersama pempengaruh media sosial, Farah Fakhira sedang melakukan photoshoot mempromosikan tudung keluaran mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui suka melihat hubungan mesra yang terjalin antara Aslam dan Umisya meskipun hidup berpoligami.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimana perasaan isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania saat melihat momen romantis tersebut.

Kadang-kadang aku rasa diorang ni kena jaga lah juga hati Marissa tu, dia pun ada perasaan. Berlaku adil lah juga pada isteri kedua.

Kedua tetap akan jadi nombor dua, tak akan sama dengan yang pertama.

Sakit ye jadi madu kan, lagi nampak sweet macam ni.

Ada yang koyak tapi bukan kertas.