Askar berpangkat Lans Koperal ‘lempang’ isteri sampai berdentum bunyi, ada skandal dengan gadis 20an

Askar berpangkat Lans Koperal ‘lempang’ isteri sampai berdentum bunyi, ada skandal dengan gadis 20an

 

Tular di laman sosial memaparkan seorang anggota askar berpangkat Lans Koperal bertindak memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan telah menjadi bualan hangat ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, dia berkongsi sebuah video yang menjadi bukti kepada perbuatan kejam lelaki terbabit yang menampar isterinya di sebuah kediaman.

Suspek yang dikenali sebagai Lans Koperal Ashraf itu adalah salah seorang anggota daripada unit 10ssb Para Kem Terendak, Melaka.

Dalam video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Azmi sempat merakam perbuatan suspek dan mangsa telah pergi ke balai polis di bahagian siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat laporan polis.

Beberapa keping gambar turut disertakan dalam hantaran terbabit yang menjadi bukti kepada mangsa telah didera dengan mengalami kesan kecederaan di bahagian badan.

Lans Koperal

Lans Koperal

“Dah pukul bini, ada scandal pula tu! Scandal pula tak sedar diri bangga kacau rumah tangga orang! Kau tunggu nasib kau acap.” dakwa pemilik video.

Terdapat juga foto suaminya dengan orang ketiga dan tangkap layar perbualan mesej antara mangsa bersama wanita itu yang menganggu perkahwinannya.

Kawan baik mangsa beri penjelasan

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana telah membantunya berkongsi video terbabit kepada umum.

Malah, rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak berperikemanusiaan terhadap isterinya malah, lebih mengutamakan perasaan wanita lain.

Sehubungan itu, ramai berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tertib sewajarnya terhadap lelaki tersebut yang secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik Tentera Darat Malaysia.