Didakwa jadi punca perdebatan asal usul batik, tuan badan akhirnya bersuara
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang individu tempatan yang memberikan batik kepada bintang YouTuber yang datang ke jelajah ke Malaysia.
Namun perkara berubah menjadi hangat apabila dia mendakwa batik tradisional yang dihadiahkan itu berasal dari Malaysia sekaligus menjadi perdebatan dengan negara jiran.
Setelah dihujat teruk oleh rakyat Indonesia, dia langsung mahu memberi penerangan dalam menenangkan ketegangan antara dua negara ekoran penularan video itu.
Di dalam video terbaharunya, menerusi kapsyen, dia sedia mengakui bahawa Batik Indonesia telah dianugerahkan status Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO pada tahun 2009.
Malah, dia mengganggap ia sebagai satu momen yang membanggakan bagi tradisi kaya Indonesia, terutamanya di Jawa, yang mana beberapa batik terbaik dunia dihasilkan.
Menelusuri asal usulnya, Batik, yang berasal dari perkataan Jawa “amba” (menulis) dan “titik” (titik), adalah satu kraf kuno yang melibatkan proses rumit seperti melilin, mewarnai, dan mendidihkan kain.
Tambahnya, walaupun batik sangat terkait dengan Indonesia, ia juga diamalkan di seluruh dunia termasuk China, Jepun, India, Amerika Selatan dan Eropah.
Bercakap mengenai Batik Malaysia, meskipun kita berkongsi teknik yang sama, Malaysia masih mempunyai identiti tersendiri dalam seni batik.
Batik Malaysia, terutamanya dari Terengganu dikenali dengan motif yang lebih besar dan ringkas, serta warna yang cerah dan terang yang digunakan melalui teknik berus.
“Kami sering memaparkan daun dan bunga, menghormati kepercayaan Islam tempatan dengan menggelakkan imej manusia atau haiwan,” terangnya pilihan motif yang dibawakan di Malaysia.
Di dalam video yang sama, dia menerangkan bahawa corak motif itu sendiri dipanggil “Pucuk Rebung” serta popular di dalam pembuatan Batik dari Terengganu. Difahamkan ia adalah corak yang paling popular dan hari ini telah menjadi sesuatu identiti Malaysia.
Walaupun sedia hormati sejarah kebanggaan Indonesia, dia dengan nada tegas mempertahankan identiti budaya Malaysia yang unik melalui pembuatan batik di sini.
Dia memahami perasaan rakyat Indonesia yang bangga dengan budaya tersebut dan miliki keinginan untuk melindunginya dari disalah guna dan seumpamanya.
Tetapi tidak bermaksud budaya batik hanya eksklusif untuk Indonesia kerana seninya melangkui sempadan.
Tambahnya, dia percaya kita sepatutnya berbangga bahawa kraf yang indah ini diraikan di seluruh dunia.
“Batik yang saya hadiahkan kepada IShowSpeed adalah buatan Malaysia, memaparkan tradisi kaya kami dan reka bentuk unik Malaysia,” tegasnya menurut Vocket.
Dalam pada itu, dia minta meraikan bersama-sama kepelbagaian dalam warisan yang dikongsi ini.