Artis tersohor tanah air bantu kempen Pelangi (LGBT)?

Artis tersohor tanah air bantu kempen Pelangi (LGBT)?

 

ARTIS TERSOHOR TANAH AIR BANTU KEMPEN PELANGI?

– Menormalisasikan LĠBŤ

Perlakuan songsang homoseks merupakan antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan.

Perkara ini dinyatakan dalam sekian banyak nas Al-Quran dan hadis.

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10214527666977262/

Dalam masa yang sama, Muslim perlu sedar tentang adanya kempen besar-besaran untuk mempromosikan perlakuan songsang ini melalui pelbagai cara seperti hiburan dan media yang dijalankan oleh banyak pihak termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) / United Nation (UN).

Melalui kempen EQUAL, mereka telah melancarkan kempen besar-besaran di seluruh dunia untuk mempromosikan ‘kesamarataan’ dan ‘keadilan’ buat pelaku-pelaku songsang ini.

Menyedari hal ini, timbul persoalan mengapakah ada artis terkenal tanah air yang turut sama dalam kempen songsang ini?

Malah beliau sampai menyatakan kesyukuran kerana diberi ‘penghormatan’ apabila gambar wajahnya dipaparkan di papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat sebagai mewakili negara Malaysia dalam kempen ini, menurutnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa EQUAL ialah sebuah program yang ingin memupuk kesamaan wanita.

Ini tidak benar.

Laman web EQUAL PBB secara jelas menyatakan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan inisiatif ‘UN FREE & EQUAL’ (UNFE) bagi mempromosikan hak sama rata dan layanan adil buat golongan LĠBŤ.

https://www.unfe.org/about

Kemungkinannya beliau telah dikelirukan kerana tidak mungkin beliau akan menyokong kempen-kempen mungkar sebegini yang jelasnya mengundang kemurkaan Allah ﷻ sebagaimana yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut, nauzubillah.

Sokongan Spotify kepada agenda LĠBŤ:

https://newsroom.spotify.com/…/spotify-celebrates…/

Muslim seharusnya sedar bahawa kempen-kempen seperti EQUAL merupakan serangan ke atas agama, negara, bangsa, masyarakat, keluarga dan nilai-nilai murni.

Sewajarnya Muslim berlepas diri daripada kempen-kempen maksiat ini.

Firman Allah ﷻ:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ.

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam hal kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bersekongkol dalam hal-hal dosa (maksiat) dan penindasan.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:2]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Syawal 1443H /
19 Mei 2022