Arak Taybeh di Palestine, arak Timah di Malaysia

Arak Taybeh di Palestine, arak Timah di Malaysia

 

Beberapa tahun lepas ketika pejuang pejuang Agama berdemo di seluruh negara membantah Oktoberfest, mendesak kerajaan menutup kilang arak.. Aku antara yang menyokong hak diberikan selagi ianya terkawal kepada Non Muslim menyentuh reality kepelbagaian kaum atau Waqi’ kita di Malaysia.

Mungkin sahabat boleh membaca tulisan lama aku.. mungkin Dubai dilihat cukup liberal, namun aku memberikan contoh bagaimana Kerajaan Palestine memberikan hak kepada Syarikat Palestine bukan saja membina jenama sendiri, tetapi kilang arak itu beroperasi biarpun non muslim hanya sekitar 15%.

Apa nama jenama Beer di Palestine, ia dinamakan TAYBEH Beer, ia diambil dari satu nama perkampungan majoriti Kristian berdekatan Bandar Ramallah di Palestine..Taybeh Beer ini adalah penaja rasmi Oktoberfest di Bandar Ramallah setiap tahun di Palestine.. malah diadakan secara terbuka, siap dengan perarakan.

Taybeh ini diambil dari kata ” ( الطيبة‎) .. Ia membawa maksud baik, bersih sebagaimana nama lain bagi kota suci Ummat Islam Madinah, Kerana Nama tayba atau Thoba itu juga berakar kata dari nama Al Tib dengan maksud wangian atau Al tayyib yang baik dan Bersih..

Itu sebab nya antara nasyid yang sering kita dengar tentang Nabi dan Madinah adalah ” Ya tayba..”, Aku pun rajin Nasyid ni masa sekolah.. Dulu pernah dialunkan oleh haddan Alwi.. Tapi dapat kat geng Wahhabi ni, Depa kata ini lagu Syiah,

Sedangkan Nama Tayba itu juga sebagaimana hadis Nabi SAW, Ia dinamakan oleh Allah.. Sabda Rasulullah SAW:

إنّ الله تعالى سمى المدينة طابة

“Allah SWT telah menamakan Madinah dengan nama” Thobah ”

Ia dinamakan Tayba bagi menggantikan nama yang sinonim dengan kelompok Munafik sebagai Yathrib yang mana sebahagian Ulama mengatakan Ia mendekatkan kepada makna Tharaba yang membawa maksud kerosakan atau Fasad..

Dan dalam hadis yang lain.. Menamakan dengan Taybah sebagai simbol penyucian Dosa dan kesyirikan..Sebagaimana Hadis Nabi SAW.. Sabda Rasulullah SAW:

إنها طيبة – يعي المدينة – وإنها تنفي الخبث كما تنفى الثار حبث الفضة

“Ini ialah Taybah (Madinah). Menghapuskan ke kotoran (dosa atau golongan yang tidak beriman) sebagaimana api membersihkan kotoran daripada perak…”

Berbalik pada isu arak, Taybeh Beer.. Tak pernah kita dengar ada Ulama kata Taybeh Beer itu menghina Islam dan Menghina Nabi SAW ? Pakai nama Arab lagi dengan nama yang diberikan Allah di Kota Madinah..

Tapi Ulama PAS ni, Nama Timah yang dikaitkan dengan hasil mahsul negeri Perak Timah dikaitkan Ulama PAS dengan nama Anak Nabi SAW Fathimah yang juga isteri kepada Saidina Ali.. Memang Sah begitu dangkalnya pemikiran depa.. Nasib depa tak pertikai tentang Tongkat Ali dan Kacip Fatimah..

Arak tetap berdosa, Samada Beer yang mempunyai kandungan alkohol 3-5%..Atau Wisky yang mempnyai Kandungan alkohol 40%.. Sebab Arak atau perkara memabukkan ini sedikitpun hukumnya dikira Haram..

مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

“Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.”

Bagaimana pula hukumnya dalam konteks Pemerintahan ? Disinilah kita kena melihat hak yang diberikan kepada Non Muslim hatta dizaman Khalifah Umar dan Umar Ibnu Aziz, Pengharamannya dibuat secara tadarruj… Dikenakan Cukai kepada mereka.. bukan bermaksud menghalalkan arak.. Tetapi mengambil Mudharat yang sedikit.. sebagaimana kaedah Fiqh..

” يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام ”

Di tanggung kemudaratan berbentuk khas bagi menolak kemudaratan berbentuk am”..

Masa zaman PH dulu jenuh aku berbahas, Bagi bani Melayu PAS depa bukan Faham Fiqh..Depa umpama Khawarij atau Taliban..Depa tahu nak haramkan Arak..Nak tutup Kilang.. Rupanya zaman depa, Bukan hanya Arak, Judi makin bertambah.. Itulah wajah Penunggang Agama.. 🙂

Ipohmali

Tazkirah Maulidul Rasul

19 Okt 2021