Apple keluarkan amaran kepada pengguna iPhone yang menunggang motosikal

Apple keluarkan amaran kepada pengguna iPhone yang menunggang motosikal

 

Apple menggesa semua pengguna telefon pintar jenama itu supaya tidak meletakkan iPhones di atas motosikal atau kenderaan lain kerana gegaran amplitud tinggi dapat merosakkan sistem kamera telefon pintar dari semasa ke semasa.

Syarikat gergasi teknologi itu mengeluarkan amaran tersebut Sabtu lalu dengan menjelaskan lensa kamera iPhone dengan sistem operasi iOS atau fokus auto yang unik (AF) akan mudah rosak.

Situasi itu disebabkan oleh sensor magnetik yang membantu mengimbangi pergerakan dan getaran semasa merakam foto atau video.

Kerosakan itu dialami oleh seorang pengguna, James Chadbourne yang mendapati gegaran yang amat teruk pada iPhone.

“Semasa berkonvoi naik motosikal sejauh 12 kilometer, saya fikir sudah menyebabkan kamera IPhone terbakar. Reka bentuk amat teruk,” katanya dalam Twitter.

Disebabkan itu, Apple menggalakkan pengguna memakai pelekap getaran yang dapat meminimumkan risiko kerosakan.

Masalah itu dialami oleh banyak model bermula dengan iPhone 6 Plus, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone XS dan iPhone SE 2.

Sumber: Utusan

COMMENTS