“Apa yang saya buat salah” – Nama sering ‘dipetik’ & dikecam, tangisan Lee Zii Jia buat ramai sebak
Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia luah sebak nama asyik kena ‘petik’ apabila membaca berita setiap kali bangun daripada tidur seakan dia melakukan kesalahan.
Dalam temu bual selepas memenangi pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia yang menahan tangis memberitahu rutinnya setiap hari adalah bangun pagi dan memulakan latihan.
Namun, dia kerap kali menerima kecaman daripada beberapa pihak yang seakan tidak senang dengan apa yang dilakukan.
Menerusi video yang dikongsikan semula akaun X kobeh988, Zii Jia menyatakan yang dia tidak melakukan apa-apa tindakan dan hanya berdiam sahaja, tetapi kerap kali menerima kecaman.
“Every morning saya wake up, nampak macam macam news pasal nama saya”
“I was wondering apa yang saya buat salah” ujarnya sambil menangis.
Perkongsian tersebut telah membuatkan para peminat pemain badminton berkenaan turut sebak kerana mendengar luahan daripada Zii Jia yang pastinya dari lubuk hatinya yang paling dalam.
Rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat dengan meminta pemain berkenaan mengabaikan sahaja komen-komen buruk tentang dirinya dan fokus terhadap apa yang dilakukan kini.
Sebentar tadi, Lee Zii Jia telah menyumbangkan pingat kedua buat kontinjen negara apabila berjaya menewaskan pemain dari India, Lakshya Sen dengan rubber set, 13-21,21-16, 21-11.
Walaupun tewas di set pertama, Zii Jia bangkit melawan dengan memenangi kedua-dua set seterusnya dan berjaya mendapatkan gangsa di Olimpik Paris 2024 ini.