“Apa yang ditakdirkan terjadi..” – Marissa Dania akhirnya bersuara sebagai isteri ke-2?

“Apa yang ditakdirkan terjadi..” – Marissa Dania akhirnya bersuara sebagai isteri ke-2?

 

Model dan pempengaruh, Marissa Dania memuat naik sekeping foto dirinya di Instagram baru-baru ini.

Menerusi hantarannya itu, Marissa mengenakan abaya namun foto tersebut disunting menjadi hitam putih.

Namun begitu, kapsyen yang ditinggalkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu seakan memberi bayangan mengenai kontroversi yang dihadapinya.

Kata Marissa, apa yang telah ditakdirkan untuk berlaku pasti akan tetap berlaku.

“What’s meant to be will be,” tulisnya ringkas.

Walaubagaimanapun, Marissa mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Menurut Xtra, lelaki yang didakwa suaminya iaitu Aslam turut meninggalkan tanda suka pada hantaran foto tersebut.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Marissa didakwa telah berkahwin dengan Aslam tanpa pengetahuan ibu bapanya di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.