“Apa rasa..” – Netizen terkejut lelaki berselera aneh, pesan nasi lemak kari ayam milo tabur sempena hari lahir

“Apa rasa..” – Netizen terkejut lelaki berselera aneh, pesan nasi lemak kari ayam milo tabur sempena hari lahir

Macam-macam kombinasi makanan yang terlihat janggal atau pelik untuk orang lain, namun ianya sedap ditekak kita.

Itulah yang sesuai digambarkan dalam kenyataan di atas apabila tular sebuah video tular memaparkan seorang individu yang menggunakan perkhidmatan pesanan atas talian dan memesan satu kombinasi makanan yang dilihat tidak masuk akal.

@shaheeraazhar_

kene repost . 🤣

♬ original sound – shaheera azhar 🖤 – shaheera azhar 🖤

Dalam video yang dikongsikan oleh @shaheeraazhar_ itu, difahamkan dia berkerja di sebuah restoran yang mendapat pesanan secara atas talian.

Pada mulanya pesanan itu kelihatan biasa, namun ada remarks di mana pelanggan tersebut meminta untuk menaburkan serbuk Milo ke atas nasi lemak sehingga tertimbus hidangan tersebut.

Apa yang mencuit hati, pekerja restoran itu pada mulanya sangat risau jika dia tersalah membuat order tersebut namun selepas diperhatikan, ternyata pelanggan itu memang mahukan serbuk minuman itu di atas nasi lemaknya.

Lebih menghiburkan, terdapat video sambungan yang memaparkan pelanggan itu sangat teruja menerima nasi lemak Milo tabur dan makan hidangan tersebut dengan penuh berselera.

1 6

Perkara itu sudah pastinya mebuatkan ramai netizen yang terhibur, rata-rata agak curious atau tertanya-tanya apakah rasa kombinasi makanan tersebut.

Cats 58