“Apa dia cakap tu?” – Direman 7 hari, lelaki tolak kekasih dari tingkat 23 kondominium meraung di mahkamah

“Apa dia cakap tu?” – Direman 7 hari, lelaki tolak kekasih dari tingkat 23 kondominium meraung di mahkamah

 

Semalam, tular sebuah video yang menggemparkan di mana seorang wanita meninggal dunia kerana ditolak oleh kekasihnya daripada tingkat 23 tingkat sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam.

Menurut laporan Kosmo! dalam kejadian kira-kira pukul 10.08 malam itu, mangsa merupakan warga Thailand berusia 32 tahun kemudiannya ditemui tertiarap di tingkat tujuh kondominium itu.

Difahamkan, semasa kejadian suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun tersebut berada di bawah pengaruh dadah sewaktu meletusnya pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan keterangan saksi semasa kejadian, terdengar pergaduhan di antara pasangan kekasih itu.

Terbaru, lelaki warga tempatan itu direman selama 7 hari dibenarkan sehingga 6 Mac depan oleh Majistret Farah Rosnan di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dalam video yang dirakamkan ketika di mahkamah, lelaki berkenaan dilihat meraung sesuatu yang tidak dapat difahami sambil menangis.

@utusantvofficial

29 FEB 24: Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman itu dibenarkan sehingga 6 Mac depan oleh Majistret Farah Rosnan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #tolakkekasih

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Emosi serta kemarahan netizen jelas terlihat apabila di ruangan komen video suspek di mahkamah tersebut mengundang pelbagai kecaman, ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang diteriakkan oleh suspek.

Cats

Masih trauma dengan video tu ye…