Apa beza gaji bersih, kasar & pokok? Ini penjelasannya

Apa beza gaji bersih, kasar & pokok? Ini penjelasannya

 

Gaji ialah sesuatu upah selepas kita melakukan pekerjaan atau tugasan. Dalam konsep syarikat atau perniagaan seseorang itu dibayar gaji setelah dia memenuhi syarat tertentu ketika bekerja antaranya menyiapkan tugasan, merancang tugasan yang akan datang atau terlibat dalam mana-mana aktiviti yang melibatkan syarikat.

Setiap syarikat atau organisasi mempunyai fahaman tentang gaji yang sama. Jika tidak, anda sendiri boleh melaporkannya kepada pejabat buruh. Apatah lagi selepas selesai membaca perkongsian Portalinfo melalui artikel ini.

Dalam artikel kali ini, akan menerangkan tentang stigma dimana terdapat ramai orang masih kurang yakin dan pasti tentang perbezaan jenis gaji sama ada pokok, bersih mahupun kasar.

Mana tidaknya, melalui gajilah kita boleh ukur komitmen bulanan kita. Perkara apa yang perlu dibayar atau pun kurangkan kehendak yang tidak perlu.

Jadi, ada ramai lagi kurang jelas berkenaan jenis gaji yang wujud. Mari kita tengok apa perbezaannya.

Gaji Bersih

Secara ringkasnya, gaji ini ialah jumlah amaun yang telah ditolak caruman KWSP, SOCO/Perkeso dan beberapa perkara yang dikenakan oleh sesebuah syarikat atau majikan.

Bukan itu saja, ia juga jumlah yang dicampurkan bersama elaun tambahan seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, elaun kedatangan dan banyak lagi.

Segala butiran berkenaan elaun ataupun caj yang akan dikenakan lazimnya telah tertera disurat tawaran kerja.

Gaji Kasar

Berbeza dengan gaji bersih, ia ialah jumlah amaun yang telah ditambah dengan segala elaun dan komisen akan tetapi belum ditolak caruman tertentu. Secara asasnya, gaji ini ialah kelaziman seseorang bila menerangkan berapa nilai gajinya kepada syarikat atau majikan ditempat kerja baru bila sudah bertukar kerja.

Hakikatnya, ia cuma gaji yang belum dipotong kwsp dan socso. Begitulah ceritanya..

Gaji Pokok

Apa pula gaji pokok?

Untuk pengetahuan anda, ialah gaji asas atau biasanya kita panggil “gaji basic”.

Gaji pokok bermaksud ialah jumlah amaun yang anda terima tanpa tolak tambah elaun dan caruman.

Dalam surat tawaran kerja ia akan menyatakan gaji pokok anda adalah RM2000 dan tanpa sebarang elaun, jumlah yang anda akan terima setiap bulan kemungkinan besar akan kurang daripada jumlah ini setelah ditolak segala potongan/caruman.

Tips bila ditemu duga kerja, pastikan anda jelas tentang elaun dan caruman yang akan dipotong. Ini adalah sebagai persediaan ketika sudah mula bekerja tidak ada jalan patah balik sekiranya anda sudah menandatangani surat perjanjian/kontrak. Disinilah titik dimana anda mendapatkan pembelaan dimasa konflik yang tak diingini seperti penolakan gaji secara tiba-tiba atau tiada elaun keluar bekerja dilapangan atau pampasan bekerja diwaktu cuti umum.

Kesimpulannya

  1. Gaji pokok: Gaji asas
  2. Gaji kasar: Gaji asas + elaun
  3. Gaji bersih: Gaji asas + elaun  + potongan