‘Anwar nama awal disebut al-Qaradawi bila kami jumpa’ – Dr Maza

‘Anwar nama awal disebut al-Qaradawi bila kami jumpa’ – Dr Maza

 

Ulama tersohor, Allahyarham Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sebelum ini akan menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu apabila bertemu, kata Dr Maza.

Pemilik kepada nama sebenar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu berkata, Perdana Menteri memang mempunyai hubungan rapat dengan tokoh agama berkenaan.

Sehubungan itu, Mufti Perlis tersebut berharap pemikiran Qaradawi yang meninggal dunia pada September lalu dapat dijadikan rujukan Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar.

“Di Malaysia, PM ke-10 YAB DSAI merupakan orang yang rapat dengan Dr Yusuf al-Qaradawi.

“Semasa rombongan Perlis berjumpa al-Qaradawi pun, nama DSAI yang awal beliau sebut.

“Saya harap di bawah YAB PM sekarang pemikiran dan fekah al-Imam Dr Yusuf al-Qaradawi r.h dapat diangkat di Malaysia. Ditabalkan sebagai rujukan dan panduan penting,” katanya menerusi catatan dari Mekah.

Walau bagaimanapun, Dr Maza berkata, beliau masih melihat perkembangan kerajaan di bawah pentadbiran Anwar.

“Adapun saya masih lagi melihat perkembangan dalam menentukan pendirian atas isu dan perkembangan yang berlaku di negara kita.

“Semoga rahmat ALLAH sentiasa memayungi negara kita,” doanya lagi.