Anwar Ibrahim tidak sesuai jadi Ahli Parlimen Malaysia

Anwar Ibrahim tidak sesuai jadi Ahli Parlimen Malaysia

 

Ahli parlimen seperti Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap membongkar laporan seperti Pandora Papers dan seumpamanya di parlimen Malaysia.

Parlimen Malaysia tidak sudi dan tidak menganggap penting untuk mendengar perbahasan dan pembongkaran seperti terkandung dalam Pandora Papers itu.

Ruang atau tempat paling layak untuk Anwar bercakap mengenai hal-hal seperti itu ialah di negara-negara seperti New Zealand, England, Jepun ataupun setidak-tidaknya India dan Pakistan.

Hanya parlimen negara-negara itu sahaja yang sedia mendengar perbahasan laporan seperti itu kerana mereka telus dan berintergriti.

Parlimen Malaysia layak untuk tempat wakil-wakil seperti Marang, Bachok, Pulai, Baling, Rompin, Kinabatangan dan seumpamanya bersuara. Standard parlimen Malaysia bukan untuk orang-orang seperti Anwar Ibrahim.

Selagi parlimen tidak direform sepenuhnya maka selama itulah isu-isu yang boleh terpelanting kepada orang kerajaan, bekas menteri dan bangasawan akan dibuang begitu sahaja menerusi Speaker yang dilantik dari kalangan keluarga Pandir dan Mak Andeh.

Sumber: Mohd Sayuti Omar II