Angkara diejek ‘Fati bawang’, Watie Shuib dedah dah 6 kali buat pembedahan hidung
Diejek hingga disamakan dengan haiwan menjadi punca isteri kepada Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah melakukan pembedahan membuat hidung apabila dewasa.
Perkara itu dikongsikan Watie menerusi podcast suaminya bersama dua lagi sahabat, Shuk Sahar dan Fizie Roslan menerusi Dol’s Podcast.
Ujar Watie, ketika dia kecil, hidungnya begitu pesek sekaligus menyukar untuk bernafas memandangkan dia mempunyai sinus.
Dia telah dengan beberapa gelaran antaranya Fati Bawang. Paling menyedihkan, ada juga yang menyamakannya dengan haiwan.
“Hidung saya ini palsu. Dulu hidung saya memang penyet betul. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Pergi sekolah kena ejek hidung macam bawang. Dah saya berkulit gelap masa itu. Balik sekolah selalu menangis sebab kena buli. Masuk sekolah menengah saya kena lagi teruk,” katanya.
@dolspodcast Pendedahan jujur @Watie Hanifiah HIDUNG PALSU? EPISOD 2 dah keluar gais di youtube Shuib Channel! @Shuib Sepahtu @shuksahar @Fizie Roslan #DolsPodcast ‼️Jom dapatkan produk-produk Cubre Mi sekarang melalui Tiktok Shop & Shopee @cubremihq ‼️ Jangan lupa follow IG & TT: @Cubremi HQ
♬ Suspense/Shocking/Serious Background_Disaster, Tragedy, Cheat, Scandal(1369307) – Ney
Tindakan tersebut membuatkannya nekad untuk melakukan perubahan apabila melakukan pembedahan membuat hidung dengan memasuki implan ke hidungnya supaya lebih mancung.
Tak hanya itu, sinus yang teruk dialami juga menjadi salah satu pendorong untuknya melakukan pembedahan tersebut kerana pernah berasa sangat sakit ketika menaiki pesawat.
“Sampai satu tahap saya berazam bila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Apabila dah ada duit, saya memang nak buat hidung. Kebetulan saya memang ada resdung. Hidung saya sentiasa tersumbat. Sampai tahap apabila pergi melancong kalau lebih daripada tiga jam, saya rasa gigi macam nak tercabut.
“Masa itu dah ada media sosial. Apabila saya muat naik foto, pasti orang komen pasal hidung. Kalau nak tahu, saya dah buat hidung sebanyak enam kali,” dedahnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengakui pernah beberapa kali mengalami jangkitan disebabkan pembedahan hidung terbabit namun tetap tidak serik melakukan lagi bagi mendapatkan hidup yang lebih sempurna.
“Pernah hidung masa infection tu, enam bulan tak keluar rumah sebab bila infection batang hidung kena buang.
“Hidung ni tiba-tiba (sambil menunjukkan gerakan) kalau tunjuk terkejut korang,” ujarnya.
Di akhir perbualan tersebut, Watie menyatakan mungkin jika waktu sekolah dahulu dia tidak diejek ataupun dihina seperti disamakan dengan haiwan kerana bentuk fizikalnya sebegitu, boleh jadi dia tidak melakukan pembedahan palsu.
Jelasnya, dia melakukan pembedahan tersebut disebabkan rasa rendah diri apabila dikeji dengan gelaran haiwan termasuklah kerana sinus yang ketika itu cukup teruk.
Sekadar info, Watie Hanifiah telah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu pada 23 Jun 2023.
Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Watie, Shuib telah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun
Namun begitu, Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan Covid-19.