Angkara cemburu, suami tembak, isi dalam tong & tanam mayat isteri guna jengkaut

Angkara cemburu, suami tembak, isi dalam tong & tanam mayat isteri guna jengkaut

Menerusi laporan daripada sidang media Polis Johor, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan seorang lelaki bersama rakannya telah ditahan bagi membantu siasatan diatas kehilangan seorang wanita yang dilaporkan pada 1 Mac 2021.

Hasil siasatan awal, pihak polis melaporkan bahawa wanita berusia 38 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumah sekitar jam 2 pagi selepas berselishih faham dengan suamiya.

Atas sebab itu, pihak polis telah menahan lelaki tersebut bersama rakannya bagi membantu siasatan. Suaminya wanita itu juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Suami mengaku bunuh isteri

Tambahan lagi, pihak Polis Johor turut menyatakan bahawa suami wanita berkenaan telah mengakui membunuh isterinya dengan menembak mangsa dengan senapang angin ketika tidur sebelum membalut mayat menggunakan cadar.

Mayat mangsa telah dimasukkan ke dalam tong air sebelum dibawa ke kawasan ladang di Bandar Penawar dan ditanam  menggunakan jengkaut dibantu oleh seorang teman kepada suaminya.

Pada 4 Mac 2021, mayat mangsa telah ditemui dan pihak polis mendapati motif pembunuhan adalah disebabkan cemburu.

Kedua-dua suspek sudah ditahan reman selama enam hari bermula 5 Mac 2021 hingga 10 Mac 2021 di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Selain itu, kes berkenaan juga disasat dibawa seksyen 36 Akta Senjata !960 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau dengan RM5,00 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Polis Johor