Anggota polis maut disyaki langgar kenderaan berat

Anggota polis maut disyaki langgar kenderaan berat

Mangsa, Muhamad Fadzil Sabudin,33, yang menunggang motosikal Yamaha XJ6 merupakan seorang anggota polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenainya daripada orang awam pada 3 pagi.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa bersama motosikal ditemukan di tepi lebuh raya dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Siasatan di lokasi mengesyaki motosikal yang ditunggang oleh mangsa melanggar bahagian belakang kenderaan berat berdasarkan kerosakan dialami.

“Kemalangan terbabit menyebabkan mangsa parah di kepala.

“Ketika pihak kami tiba di lokasi, tiada kenderaan berat di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Ipoh ketika kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian itu dapat menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ruzainal Anan Ruslan di talian 012-4500968 atau ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/660772/anggota-polis-maut-disyaki-langgar-kenderaan-berat