Anggota bomba meninggal dunia selepas 23 hari koma

Anggota bomba meninggal dunia selepas 23 hari koma

 

Seorang anggota bomba yang koma akibat serangan jantung selepas bermain badminton bulan lalu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Jumaat.

Nasrul Alif Azmi, 35, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.33 pagi selepas 23 hari ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Ketua BBP Ipoh, Mohd Azman Hussin berkata, jenazah Nasrul Alif akan dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sungai Muda, Kedah untuk dikebumikan lepas solat Isyak.

“Arwah dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung pada 14 Julai lalu sebelum ditempatkan di CCU.

“Jenazah disembahyangkan di Masjid Kepayang, Ipoh selepas solat Jumaat sebelum dibawa ke kampung halamannya,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, arwah sudah bertugas lebih 15 tahun sebagai anggota khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).