“Memang banyak beza, walaupun orang kecam” – Anak sulung dedah kaedah ‘home schooling’ arwah Suhaimi Saad

“Memang banyak beza, walaupun orang kecam” – Anak sulung dedah kaedah ‘home schooling’ arwah Suhaimi Saad

 

“Memang banyak beza, walaupun orang kecam” – Anak sulung dedah kaedah ‘home schooling’ arwah Suhaimi Saad.

Anak sulung kepada penyanyi Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie berkata dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang memberikan kecaman dan kritikan negatif kepada keluarganya kerana memilih untuk ‘home schooling’.

Hadie, 16, mendedahkan arwah bapanya sangat bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan penuh buat dirinya serta adik beradiknya yang lain.

@sinarharianonline

Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat nikah dengan jurutera Penyanyi juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, bergelar isteri buat kali kedua selepas melangsungkan pernikahan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Majlis akad nikah berlangsung di rumah keluarga pihak pengantin perempuan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, secara sederhana dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. SinarHarian BeritaSemasa InaNaim Kahwin

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Alhamdulilah dengan didikan arwah ayah saya iaitu Suhaimi Saad jadi sekarang ini saya boleh belajar membaca, mengira dan kebanyakan kawan saya memang berikan sokongan untuk homeschooling ini.

Memang banyak beza antara pergi sekolah dan belajar home schooling ini. Walaupun orang kecam tapi saya tak terasa pun malah yang komen tu antaranya dalam kalangan netizen yang pergi sekolahkan?

Kata Hadie, bapanya juga mementingkan pengajaran bahasa Arab dan Kemahiran Hidup dalam pembelajaran mereka adik-beradik.

Macam saya dulu memang tiap-tiap hari belajar walaupun orang lain cuti raya ke tapi kami tidak, berehat hanya Jumaat serta Sabtu saja.

Arwah ayah akan ajar bahasa Arab pada hari Ahad, Isnin pula Bahasa Melayu, Selasa bahasa Inggeris, Rabu belajar Matematik dan Khamis pula Kemahiran Hidup.

Terdahulu, Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada 15 November 2023 setelah ditidurkan disebabkan menghidap pneumonia.

Setelah setahun menjadi balu, isteri Suhaimi Saad, Ina Naim akhirnya bertemu jodoh sekali lagi bersama jejaka pilihannya pada awal November lalu.