“Anak terbangun 5 kali..” – Ganggu anak mahu tidur, warga Singapura di Johor tak puas hati jiran main bunga api

“Anak terbangun 5 kali..” – Ganggu anak mahu tidur, warga Singapura di Johor tak puas hati jiran main bunga api

 

Tular video pasangan suami isteri dipercayai warga Singapura, bertengkar dengan jirannya kerana tidak berpuas hati dengan bunyi letupan mercun.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada malam ambang Tahun Baru Cina, Jumaat lalu, di Johor, wanita terbabit mendakwa bunyi letupan mercun itu telah menyebabkan anak kecilnya yang sedang tidur terbangun sebanyak lima kali.

Selain itu, pasangan berkenaan merasakan bunyi letupan mercun itu berlebihan dan tidak sepatutnya dimainkan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, individu yang memuat naik video kejadian itu, Omika QiQi, menjelaskan bunyi letupan mercun yang kuat bukan berpunca daripada mereka. Malah anak-anaknya ketika itu baru saja bermain mercun pop pop.

Pengadu turut mempersoalkan, apakah pasangan Singapura itu tidak pernah merayakan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Sedangkan aktiviti bermain mercun pada malam ambang perayaan adalah tradisi di negara ini.

Di ruangan komen, netizen turut mengkritik tindakan pasangan terbabit yang menyerang Omika secara membabi buta.

“Main mercun pada malam sebelum raya adalah perkara biasa untuk menambahkan kemeriahan suasana. Kalau nak tegur, tegur semua jiran yang main mercun.

“Atau kembali ke Singapura kalau tak boleh menerima cara hidup masyarakat di negara ini,” kata netizen.